Thursday, October 18, 2012

Party party part 3

Posted by Unknown at 3:40 PM
Korang mesti dah tak kuasa nak baca pasal birthday aisy kan? Tapi yang ni last part. Dah tak ada dah entry pasal birthday party aisy melainkan tetiba ada org nak celebrate birthday aisy lagi, so mungkin ada la kesinambungan party party part 4. hehehhehe....

Majlis berlangsung seperti biasa kat rumah mak tok sebab bunglow aku sangat comel, takut nanti ramai-ramai datang terlanggar-langgar satu sama lain. Cuaca pagi tu mendung & hujan sekejap sekejap sampai ke petang tapi alhamdulillah semua berjalan lancar dan semua yang dijemput kebanyakannya datang walaupun ada yang lambat. Tapi itu tak menjadi masalah sebab aku mmg selalu buat party sampai tengah malam. 

Theme untuk hari tu ialah rainbow. Aku suruh la orang-orang yang datang pakai baju colour yang ceria-ceria. Kalau pakai colourful lagi bagus.

Seperti yang di warwar kan sebelum ni, aku nak "DIY" semua benda. Ok kek memang "DIY". Tapi bukan aku buat. Ada 2 kek, rainbow cake adik aku buat, butter cake mak aku yang buat. Aku tolong deco kan sahaja. APa lagi ehh... hah! ada candy bar, tapi tak berapa nak candy sangat sebab sebelum majlis berlangsung candy candy semua dah habis kena kebas dengan kanak-kanak dan jugak bapak kanak-kanak. Birthday flag tu "DIY" jugak (last minute gunting dan gantung), cake toppers pun "DIY". haaaaa tapi cake nya tak sempat nak buat. Mengikut perancangan nak buat cake caramel yang di potong kecik-kecik tapi tak sempat nak buat sebab semua benda pun aku buat last minute. Kesudahannya... korang tengok la nanti aku upload gambar. Caramel cake bertukar menjadi apa ye...  Party pack separuh beli separuh "DIY". Hehehhe... aku buat sticker nya aje. Paper bag tu aku beli. Tu pun last minute jugak buat. Banyak la lagi benda yang aku tak sempat nak buat. Party hat pun tak sempat nak gunting. 

Menu hari tu laksa, mee goreng, sate, bubur pulut hitam dan kuih muih. Kuah laksa tempah kat orang tapi laksanya aku yang celur. Terer kan aku celur laksa? Mee goreng, mak aku suruh sepupu aku yang goreng. Kenapa dia tak suruh aku? Sebab dia tau anak dia ni memang tak berapa pandai memasak. Yang lain-lain nya beli....

Yang aku seronok tengok Aisy yang tak tau apa-apa tu. Dia memang macam blurr, ada candle, ada orang nyanyi kuat-kuat sumbang sumbing kat telinga dia (aku la tu) tapi yang sibuk nak tiup lilin adalah kakak nya. Insyirah tu memang tak kira la birthday sape, mesti dia nak tiup lilin jugak. Tak paham aku. Nak kata masa ngandungkan dia aku mengidam nak tiup lilin tak ada pulak. Mana datang ntah hobi tiup lilin. Kompius aku.

Dah malam sikit sesi yang di nanti-nantikan oleh kanak-kanak riang dan mak bapak kanak-kanak riang. Sesi membuka hadiah. Yang ni dorang tak tunggu dah, main koyak je semua. Kesian, orang balut cantik-cantik, dapat kat kenak-kanak ni, abis semua koyak rabak.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Aku happy & harap semua yang datang pun happy jugak. 

Rainbow cake
Butter cake

Insyirah sebok tiup lilin


Belon angry bird

Candy bar yang tak berapa nak candy sangat

org kuat belon. boleh bukak kedai belon mcm ni. tapi hsemate jadi tukang tiup je lah. aku jadi tokey!

Makan

muka aisy yang macam apa-apa je lah ibu aku ni. Sakit telinga aku taw...

belon angry bird & party pack untuk KANAK-KANAK. yang kat atas ni KANAK-KANAK jgk ke? (ada pulak la hanger kat belakang tu)


"DIY" .. tak senonoh betul la tukang gantung, yang gantung ni.
sesi membuka hadiah
Haaaaa.... ni lah dia, caramel cake bertukar menjadi kuih talam....! Asal boleh je nak letak toppers tu kan. Dah penat-penat aku buat, tak kan nak simpan. Tapi cute jugak la kan?
Happy Birthday Aisy Irsyad !

*terima kasih sebab bagi hadiah yang best-best!


~daa


TAMAT


sumber gambar daripada Ajit  
 

2 comments:

  1. Beshnya!! Happy Belated Bday AISY!!Seonok Aisy kan?Walaupun ada mcam2 candies, kek warna-warni, pacifier jugak tetap menjadi pilihan Aisy. Bukak hadiah pun sambil hisap puting..haha =D

    ReplyDelete
  2. lepas ni 1st birthday for emir pulak. mesti mama dia pun tak sabar nak buat party kan. heheheheehe...

    tu la pasal nya, dia tak heran pun benda lain, pacifier tetap menjadi pojaan hati. hahahahaha

    ReplyDelete

 

NeaT & SimpLe Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea