Ok dah masuk part 2 sambutan hari jadi aisy. Yang ke 2 ni buat betul-betul date hari lahir dia. Memandangkan hari tu hari isnin, hari bekerja, so tak dapat la nak bawak pegi jalan-jalan. Alaaa lagipun dia mana reti apa pun. Duduk rumah main panjat-panjat kerusi pun dia happy.
Yang ni aku sambut dengan family aku je. Mak ayah & adik beradik. Aku beli kek dgn sate. Pas tu mcm biasa acara wajib, nyanyi-nyanyi, tiup lilin. Tapi budak tenit tu mana tau tiup lilin. Hembus-hembus, air liur yang terkeluar. Kakak dia yang over excited nak tiup lilin.
![]() |
| Tu muka tak dapat hancurkan kek |
*masa tak mengizinkan aku nak cerita panjang-panjang. bacalah je apa yang ada ye...
~daa




0 comments:
Post a Comment