Before the blog turns to spider web, i am dropping a 'few words' just to say hello, telling everyone, i’m a bit tight lately. Memang busy sangat.
Last update, aku mengandung 38 minggu tapi sekarang anak aku dah nak masuk 5 bulan dah, baru ada kesempatan nak update. So nak story mory sikit tapi tak lah panjang sangat, buat rumusan je. Kalau nak cerita dari awal, 3 hari lagi baru habis.
Mengandung kali ni, teruk berbanding dgn Insyirah. Melepek je. Memang rasa tak larat yang melampau. Tapi, Alhamdulillah after the delivery I was feeling so good. Even on my 7th day of confinement pun I can feel that i'm good enough to walk. Tapi tak boleh la jalan laju-laju sangat, takut terbukak pulak jahitan kat perut ni.
Macam Insyirah, kali ni aku c-sec jugak. So 01-10-11 aku pergi menyerah diri kat Pusrawi dan aku dah bersiap sedia untuk di bedah walaupun dalam hati macam-macam terfikir, macam-macam rasa. Takut, happy, seram, sedih... semualah. Walaupun aku pernah ada pengalaman sebelum ni, tapi bila masuk je OT aku dah tak boleh tenteram. Masih panjang lagi ke usia aku, selamat ke aku n baby. Berjaya ke tak pembedahan ni, tak dapat nak digambarkan perasaan aku time tu. Lepas setengah jam, aku dengar doc ucap alhamdulillah.... aku selamat melahirkan baby boy seberat 3.6kg. Doc angkat kaki dia tunjuk kat aku "nah tengok anak awak yg berat 3.6kg ni. Tu lah lenkali jgn mkn byk2. Sempat lagi dia nak perkena aku.
Ok bla bla bla stay hospital 4 hari, bla bla bla, tetiba anak aku kena jaundice. Duduk lagi kat hospital, duduk bawah lampu biru, time tu Allah je yang tau perasaan aku. Dulu insyirah tak ada pulak kena. Sedih tengok anak tido bawah lampu biru tu, dgn tak pakai baju, mata kena tutup. reading dia tinggi so kena pakai 2 lampu atas bawah. Kesian nya!!! Nurse kata kalau nak kurang kan kuning baby kena minum susu ibu. Aku pun dengan bersungguh2 try utk kasi susu walaupun sebelum tu susu ala2 tak berapa nak ada. Aku minum air bergelen2, minum susu, minum milo, horlicks, mkn kurma, mcm2 la. Alhamdulillah walaupun tak banyak sangat tapi cukupla utk kenyangkan anak aku. 4 hari kat hospital kuning dia dah turun & dah boleh keluar hospital. yeay!
Umur dia 2 bulan, dia kena selsema, batuk & demam pulak sampai kena check in hospital lagi. Time ni yg paling sengsara sbb kahak dia sangat banyak sampai kena sedut guna tiub banyak kali. Tak sanggup aku tengok. Sampai dia jadi fobia kalau nurse datang.... Dalam masa dia kat hospital tu, dia tak nak tido, nangis je... Dah balik rumah pun asyik nangis je, berhari2. Ada sekali dua, dia tak tido & non-stop menangis, dari pagi ke pagi, seharian tak tido. Dengan mak ayah aku sekali tak tido. Tak tau apa punca. Aku ingat ada setan kacau dia, habis semua ayat aku baca, mengaji, solat hajat tapi tak jadi jugak. Usaha terakhir, bawak pegi jumpa ada satu nenek kat rawang. org kata kalau baby selalu nangis mungkin ada sawan tangis, Ada mcm satu bonjol kat belakang tengkuk. Aku pun pegi la rawang, nenek tu urut2 satu badan dia... esok nya Alhamdulillah kuasa Allah dia tak nangis2 dah. Aku rasa badan dia tergeliat ke terseliuh ke kat mana2 sebab meronta2 kat ospital time nak sedut kahak hari tu. Haiiihhh... dugaan....
Now, Alhamdulillah dia sihat dan semakin sihat....
 |
| OTW nak pegi OT |
 |
beberapa jam selepas dilahirkan...
Aisy Irsyad Bin Muhammad Najib |
 |
| kakak |
 |
| kat hospital demam, batuk, selsema |
 |
| sekarang sihat & happy! |
|
|
|
|
|
** Di kesempatan ini saya nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua yang membantu dan memberi sokongan semasa saya mengandung & bersalin. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian...
~daa
Read more...