Thursday, October 04, 2012

Part party part 1

Posted by Unknown at 2:40 PM
Ahad lepas niat di hati nak beli ada wardrobe kat ikea tu, sekarang pulak tgh sale, jadi dengan semangat berkobar-kobar, aku pun pergi la ikea. Aku pun berjalan-jalan dengan hati munga-munga. Sampai bawah nak ambik wardrobe tu, cari-cari tak jumpa, eh mana ni? apsal kosong je rak ni? mana wardrobe ni? hati dah mula retak.... selak-selak, kuis-kuis, tinggal kotak kosong je? utk sedapkan hati, agaknya dorang letak tempat lain ni. tetiba ada mak cik datang, betul la dah habis. huh? dah habis?!! dah habis ke mak cik? ha'ah dah habis dah, tadi tanya orang ikea tu, dia kata dah habis, mak cik saja je tengok, kot-kot ada lagi ke. rupanya dah habis! aduhduhduh remuk hatiku, hancur berkecai. hilang semangat. Nak jalan pun dah malas. Nak makan pun tak lalu. (ok itu over & sangat poyo) Tak adalah sampai tak lalu nak makan. Tapi keciwa jugak la, sebab aku memang nak beli wardrobe tu.

Tapi dah tak ada kan, nak buat mcm mana. Sebelum tu dah janji degan kak Aishah nak pegi makan, nak celebrate birthday Aisy. Celebrate awal sehari. Kira tu celebrate part 1. Akan ada part 2, part 3...

Sebelum nak pegi ikea tu, housemate tanya, nak ajak mama tak, aku kata ajak la, dia call, pas tu mama tak nak pergi. Ok lah tak apalah, nak ajak dia, kot kot dia boring ke dok rumah kan. Pas tu text kak aishah tanya kat mana, kata ada kat curve, haaa ok la tu, kitorang pun nak pegi belah-belah sana, boleh lepak-lepak, tapi bgtau dia, mama tak nak ikut. aku suruh kak aishah ajak, pas tu mama kata ok nak ikut. Aku bgtau housemate mama nak ikut, tetiba sentap. hahahha... pas tu time ambik mama, housemate cakap, mentang-mentang lah ajib yang ajak, tak nak ikut. tau lah ajib tak kaya.  hahahahahahhaa... sensetip pulak la mamat ni kannn...

Balik ke tajuk asal.... Kitorang celebrate birthday Aisy kat nandos Ikano, mak lang beli kan aisy carrot cake. Ada muffin untuk usop sempena birthday usop 2 nov nanti.... Macam biasa... mak yang over. Tapi tak payah la aku upload gambar keroveran mak kat sini ye.

Aisy muka blurrr tak tau apa yang jadi sebenarnya

Usop tiup dari jauh...




 **terima kasih semua yang celebrated birthday Aisy & yang paling penting terima kasih kepada yang belanja. hehhehe


~daa





2 comments:

  1. alahai Jib, jgn terasa, sebenarnya masa I call Mama tu I tak bg choice pun kat dia, I tak "ajak", I "memberitahu", hehehehe, suruh dia datang sebab birthday Aisy and takkan dia tak nak (pre)celebrate dgn Aisy (taktik kotor-buat tok ma rasa bersalah) so dia dtg kerana cucu...seronoknya Sabtu ni Part 2 pulak!

    ReplyDelete
  2. hahahahaha... dia saja je usik mama. tapi mama terdiam jugak lah... hehehhe

    ReplyDelete

 

NeaT & SimpLe Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea