Kelmarin aku dgn Najib bawak Insyirah & aisy tgk movie kat MBO festival city. Tgk ice age 4. Dah lama sangat tak bawak insyirah tgk wayang. Last cerita kung fu panda. Hari tu, dia mengadu dah lama ibu tak bawak syiyah tgk movie. Syiyah boring la duduk rumah... Anak dara aku dah pandai mengadu domba.
Balik keje, ambik insyirah & aisy, naik teksi pergi festival city. Baba dorang datang lambat sikit, sbb dari upm. Movie start pukul 7pm. Tu pun memula dia kata tak dapat pergi, ada keje. Aku tak kira, aku nak bawak jugak anak aku pegi tgk wayang. Kalau tangguh-tangguh lagi, memang tak pegi la jawabnya kan. Naik teksi pun tak apalah, bukan jauh sangat. Lagipun aku dah biasa buat semua benda sendiri. Kalau nak harapkan sang suami, mmg tak jadi apa lah semua benda tapi bukan aku kata suami aku tak boleh harap, cumanya dia kan bz, so kalau nak tunggu dia, mmg apa pun tak boleh.
Aisy memula masuk gelap, dia macam nak nangis, pas tu diam je tengok, tetiba merengek nak susu pulak, dah abis susu, dia tgk kakak dia mkn popcorn, dia pun nak jugak, dah la tak ada gigi, ada hati nak makan popcorn, tapi mulut dia dok bising2 sambil nak tarik popcorn tu, sebelum dia mengucar kacirkan keadaan dan menggemparkan panggung wayang dgn suara dia yg merdu tu, nak tak nak aku hancurkan sumbat dalam mulut dia. Diam terus. Kelaparan betul, mak dia tak bagi makan ke? Dah half way cerita, aisy dah tak reti duduk diam dah, dah ngantuk. Aku dukung dia, bawak pegi belakang, tido terus....
Aku happy tengok anak-anak aku happy. Walaupun tak pergi tempat yang mahal-mahal, asal anak-anak aku happy aku bahagia...
~daa


0 comments:
Post a Comment