Sunday, July 22, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Posted by Unknown at 1:08 PM
Selamat datang Ramadhan, walaupun hari ni dah masuk 2 ramadhan. Aku puasa dalam keadaan badan tak berapa nak sihat. Selsema yg teruk, batuk. Demam belum lagi & harap-harap tak demam.  Tu semua ujian kecil dari Allah. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dgn org lain yang ada sakit teruk tapi masih berpuasa... Sila jangan merungut ye Yanie...

1st day berbuka kat rumah mak aku dgn sedara2 yang lain. Buat potluck. Macam-macam ada... Perut sampai penuh, nak terawikh pun mengah-mengah. Itulah dia kalau makan ikut nafsu. Mau nya tak penuh perut, semua fav food aku. Masak lemak cili api udang, ikan sambal hijau, ayam masak kicap, sedap woooo! Tapi aku makan tak adalah banyak sangat, minum air je yang banyak. Air cincau bandung pulak tu kannn, memang aku dok ulang-ulang air je la. 

Tapi kan kalau berbuka ramai-ramai ni best. Lepas berbuka pegi terawikh sama-sama. Macam aku mmg jenis rapat dengan sedara-sedara, dari dulu, aktiviti aku mmg byk dengan sepupu2, mak pak sedara. Dorang pulak yang memang satu kepala, boleh ngam lagi la best. So nanti kita akan berbuka gilir-gilir. Minggu lepas baru ni rumah mak aku, lepas ni akan ber potluck kerumah sedara-sedara yang lain pulak. Syok ehhh! Aku potluck wakil mak aku je. Kira nnt mak aku masak, aku tumpang nama je lah. Haahhah, boleh ke mcm tu? Kira boleh la ye.....

Di sini aku ingin mengucapkan Selamat berpuasa kepada korang. Semoga ibadah puasa kita ini diberkati Allah swt dan harap-harap kita dapat membuat amal ibadah yang lebih baik dari ramadhan yang lepas-lepas.


~daaa





0 comments:

Post a Comment

 

NeaT & SimpLe Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea