Monday, March 05, 2012

Umrah

Posted by Unknown at 3:31 PM
Khamis lepas, cik mah (mak aku) baru balik dari umrah. 2 minggu dia kat sana. Dia pergi dgn adik aku untuk bantu dia bergerak sbb kaki cik mah tak berapa boleh nak bergerak banyak banyak sangat. Masa memula dia kata nak pergi bawak adik aku... aku mcm jelaous jugak la. Ye la, cik mah sponsor semua, bukan senang nak dapat pergi sana. Aku tanya kenapa tak ajak orang, dia kata sape nak jaga anak hang? Aisy tu susu badan lagi. Kecewa jugak la. Tapi tak pe lah belum rezeki aku lagi nak pergi sana.

Cik mah pun mmg dah lama nak pergi, baru sekarang murah rezeki nak pergi sana. Takut jugak memula fikir macam mana cik mah kat sana nanti. Ye lah kan kaki dia tu bukan baik sangat. Tapi alhamdulillah Allah mudahkan segala-galanya kat sana. Selama ni dia solat duduk atas kerusi, so bila nak pergi sana, dia bawak siap-siap tongkat yg ada kerusi sekali. Nanti bila dia solat boleh la duduk. Tapi tongkat kerusi tu hilang kat sana, dia beli lain, hilang jugak. Kawan dia kata, mungkin Allah nak bagi dia solat macam biasa kot sbb tu la kerusi tu hilang dah 2 kali. Dia pun try la solat macam biasa, Subhanallah, kuasa Allah, dia tak rasa sakit pun, sujud, rukuk, duduk, dia ok je. Balik rumah pun dia boleh solat macam biasa. Alhamdulillah...

Kalau kita berdoa kat sana, Allah akan makbulkan, kalau kita merungut/ buat bukan bukan, Allah akan bagi cash je balasan. Nak jadikan cerita, lepas sembahyang, nak balik hotel, adik aku hilang, tak tau kat mana. Cik mah punya la risau. Mau nya tak, orang dah la ramai... Dia pun doa mintak kat Allah tunjukkan kat mana adik aku, tup tup tetiba adik aku ada kat depan mak aku. Betapa besarnya kuasa Allah....

Lagi satu cerita, cousin aku, dia nak pergi toilet kat sana, bila dia masuk je toilet, tengok toilet kotor. Terdetik kat hati dia, 'kotornya toilet ni'... Lepas tu dia solat, setiap 5 minit dia nak buang air dan yang lagi best dia dapat toilet yang sama pulak tu, toilet yang terdetik kat hati dia kata kotor tu. Terus dia mintak ampun kat Allah.

Janganlah kita merungut walau sedetik pun dalam hati. Allah maha mengetahui.

Bab lain, cik mah beli jubah kat sana. Dia dari sini tak bawak banyak baju, so dia beli jubah kat sana. Jubah kat sana mmg cantik cantik. Aku pun dapat jubah, Insyirah pun dapat jubah, Aisy pun dapat jubah dengan serban pink. Hihihihik....

Aisy pakai jubah & serban pink








* semoga aku dimurahkan rezeki, dan boleh pergi sana... InsyaAllah


~daa

0 comments:

Post a Comment

 

NeaT & SimpLe Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea