Tuesday, March 13, 2012

Jalan-jalan

Posted by Unknown at 3:58 PM
Jalan-jalan KL je. Hari khamis lepas keluar jalan-jalan dengan kak Aishah & anak-anak. Memula pergi city city (festival city). Insyirah kata city-city. Hihihihik. Dah jalan-jalan beli barang kat situ pas tu keluar pulak pegi makan kat wangsa walk. Sebenarnya nak buat surprise birthday untuk kak aishah. Memula aku plan nak ajak pegi chilli's sbb boleh nyanyi2 tapi dah ada kat area2 situ dan pergerakan aku terbatas sebab tak ada kereta so pegi je la TGIF kat wangsa walk. Kat situ pun boleh buat surprise nyanyi-nyanyi.

Dah abis makan sambil tengok anak-anak buat show menari ala-ala glee & so u think u can dance tetiba staff kat situ datang bawak dessert + candle & nyanyi. Haaaa! terkejut x? tapi sebelum tu kak Aishah nak order dessert tu tapi aku mcm melambat-lambat kan order tu sebab dorang akan bagi free utk empunya birthday. Tengah malam jugak la kitorang sampai rumah... Esok nya nak kerja, takut tak terbangun pulak la kan. Tapi seronok & happy!

Sabtu pun pergi jalan-jalan jugak. Pergi KLCC. Boring punya pasal aku ok je. Naik train dengan Insyirah & Aisy. Tercengang-cengang Aisy naik train. Hahahahaha.... Kat sana punya la ramai orang. Aku dah lama tak pegi KLCC. Banyak yang dah lain. Kat sana macam tak ada sangat benda-benda yang fun untuk kanak-kanak selain petrosains. Tapi kat isetan tu ada buat face painting, so Insyirah dgn amani pegi la buat. Memula Insyirah tak nak sebab dia kata nanti tak boleh hilang. Pujuk-pujuk, baru nak. Lepas tu kitorang pegi makan kat chilli's. Kat situ pun ramai gila orang. Sebelum tu kak aishah dah letak nama dlm waiting list, so tak ada la kitorang tunggu lama sangat. 

Dalam tu tempat dia macam sempit sikit kan, kitorang dengan anak-anak yang sangat active tak reti duduk dendiam, sampai tak aman nak makan, dengan orang ramainya pas tu Insyirah kasi tumpah air, Aisy merengek lagi... aduhaiiii.... cabaran betul. Aisy bila aku bawak dia keluar dia diam, aku masuk dia nangis balik. Panas kot. 

Kak aishah ajak slumber party kat rumah dia, kitorang balik rumah aku dulu, kemas-kemas baju yg nak di bawak, tengah malam jugak la sampai rumah kak aishah & semua orang dah keletihan. Anak-anak dah penat lompat sana lompat sini, mak-mak pun dah penat membebel. Esok nya kitorang pergi swimming kat bawah, malam pergi makan dan majlis pun bersurai... 

Sangat happy & fun!


** tq kak aishah belanja makan, sepatutnya yanie yang belanja birthday girl, ni birthday girl pulak yang belanja.

Aksi lompat melompat

 
~daa


2 comments:

  1. TerKOZUT sangat!!!! Sangat malu tapi sangat best juga...hehehehehe, tak padan tua! Thank you Yanie utk my bedey celebration, seronok sgt walaupun kita dah tak boleh gi chilli's KLCC atau TGIF Wangsa Walk sampai at least 2-3 bulan! Bagi diorang dah lupa sikit adegan2 anak2 kita! hehehehehehe, kita bawa diorang buat "show" kat tempat lain pulak.

    ReplyDelete
  2. kan kan kan... nasib baik tak penuh org kalau tak lagi best. hihihhik... tulah buat masa sekarang ni muka kita black list kat 2 tempat tu. lepas ni buat show kat tempat terbuka supaya org kurang cam muka kita. hahahah

    thank you kak aishah belanja makan. terbalik kot

    ReplyDelete

 

NeaT & SimpLe Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea