Kereta aku (ehh salah! kete najib) baru je tukar bumper depan, pas tu tadi nak antar mak aku balik umah, ada la pak cik ni dia boleh pulak langgar bumper depan tu! Marah betol aku. Aku tak tau la mata dia letak kat mana. Dia tak nampak ke kete aku kat situ.
Situasi:, ada kereta park kat tepi jalan, jalan tu pun bukan la besar mana pun, kawasan perumahan. Bila ada orang park kete kat tepi jalan so jalan jadi sempit la. Aku siap benti nak kasi motor tu lalu, boleh pulak dia langgar bumper aku. Bagus nya hentam sampai pecah, aku keluar la. Pas tu dia boleh salahkan aku pulak, dia kata kenapa aku jalan tengah2. Haik!!! Aku pulak yang salah? Dia langgar aku, aku yang salah? Kete aku bukan nye bergerak. Nasib baik orang tua, kalau tak mmg kena dah!
Yang aku paling geram, marah, sakit hati nye, dah lepas baiiikkk punya dia langgar bumper aku n lepas aku marah2 kat tgh jalan tu, aku dinasihatkan oleh abg2 kat situ parking kete kat tepi, sbb byk kete nk lalu lalang, elok je aku park kat tepi jalan dan dgn marah nya aku berjalan nak pegi kat pak cik tu , hajat di hati nk suruh dia bayar la. pas tu tetiba dia blah cenggitu je! weih!!! warga emas ni! menyirap sungguh aku! warga emas, warga emas jugak, tapi biar la beradab sikit. Mentang-mentang la aku pompuan ikut suka hati dia je.... dah langgar kete org blah je. Aku nak kejar tak boleh, sebab susah pulak aku nk u-turn, nak lari kejar pak cik tu, tak terkejar aku. Aku menjerit je la. Aku tak tau la dia dgr ke tak atau buat2 tak dengar. Eeeeeiiii.... sangat geram, aku dok menaip ni pun aku geram tau!
Bila tgk bumper pecah aku jadi sebak, ye la baru je tuka, bkn nye murah, aku termenangis, pertama sebab aku sangat marah dgn pak cik tu, ke dua, bumper tu baru je tukar belom pun sampai seminggu. Ke tiga aku marah gila kat pak cik tu. ke empat sian bumper baru tu.... ke lima dan seterus nya... aku sakit hati betol dgn pak cik tu! Sian najib nak kena tukar lagi bumper tu.
Nota untuk pak cik.
Pak cik, kenapa pak cik langgar bumper kereta saya? Saya baru je tukar. Mata pak cik letak kat mana? Pak cik tak nampak ke kereta saya kat situ? Saya tau la kereta saya tak besar dan tak berapa nak cantik, tapi pak cik tak perlu la langgar. Saya macam nak marah pak cik sangat-sangat sambil menjerit-jerit tapi saya masih ada hormat pada pak cik. Kesian pak cik jatuh, tapi pak cik sudah lebeehhhh, dah langgar pas tu lari pulak! Kalau pak cik tak ada duit nak ganti, bagitau je la, saya boleh carik jalan, pergi rumah pak cik mintak dgn anak pak cik ke, adik pak cik ke, jiran pak cik ke, sedara pak cik ke. Kalau kumpul-kumpul cukup la saya nak tukar bumper baru. Motor pak cik yang rosak tu, pandai-pandai pak cik la sebab pak cik yang langgar kereta saya. Kalau susah sangat kita pergi balai je. Saya tak takut sebab saya tak salah, lesen saya hidup lagi.
Kenapa pak cik lari? Pak cik tak ada lesen ke?
Masa muda-muda dulu perangai pak cik memang cenggini ke? Langgar orang pas tu lari.
Masa pak cik main blah tu, pak cik tak ada rasa bersalah ke, tengok saya terjerit-jerit macam orang gila kat tengah-tengah jalan tu?
Masa dalam perjalanan tu pak cik tak terfikir ke, kot-kot benda macam ni terkena kat anak bini pak cik? Pak cik ni tak ada hati perot ke? Isi perot byk la kan?
Pak cik tau tak, bumper tu mahal? Walau pun tak sampai ribu riban, tapi pada saya yang tak berapa nak kaya ni, mahal tau.
Pak cik ingat saya ni cop duit ke? Pak cik ingat saya ada sharing is caring dengan bank negara ke?
Pak cik tau tak, kalau la saya terjumpa pak cik kat mana-mana, pak cik tak yah risau, saya bukan nak langgar pak cik, saya cuma nak patah kan no plate, pecah kan lampu depan belakang, pancit kan tayar... koyak kan dua2 tayar. Tu je...
Oleh itu jangan la pak cik menjelmakan muka or motor pak cik tu kat depan muka saya ye!
Kalau pak cik terbaca blog saya ni, sila la comment! Saya teringin sangat nak berborak dengan pak cik!!!!
daa~


ala sedih nye..
ReplyDeletekne dkat mn??
kurang ajor la pakcik tu..bole blah gitu jek..mgkn yan pompuan tu yg berani tu...alah kena ganti bumper balik..duit lagi...adess
ReplyDeleteejat: sedih la.... kene dekat depan umah mak cik ejat yg jual emas tu. bengang gila!
ReplyDeletekaka hada: mmg kuang ajor pun! tu arr dia tgk kita ni pompuan, boleh la.
waaaaa..... terbang lagi duit. duit nk ganti bumper, boleh beli pampers utk 2 bulan. sakit hati yanie tau, akak!
wuuuu~~~~ aku baca ni leh feel betapa ko frustated gila.. sedih plak aku baca.. (maklumlaaa emo terlebih skang ni..).. anyway, as cliche as this may sounds, sabar je lah k?
ReplyDeletelilia... mmg pun. sedih sangat. sbb baru sgt tuka. sedih nak kena kuar kan duit lagi...
ReplyDeletetu la saba je la, boleh buat pun, nak buat cam ne benda dah jadi. bukan rezeki aku la tu...
bila baca ni, kesian pun ye, tergelak pun ye "sharing is caring dgn bank negara" hahahaha. Sumpah pakcik tu jadi katak, tak pun kena gelek dgn lori balak, tu sumpahan favourite i kalau driver lelaki/mat rempit main potong ikut suka hati bapak dia je. Ehem, semakin tua ni semakin brutal pulak.
ReplyDeletetu arr kak aishah, dia ingt yanie ada share dgn bank negara tu la yg dia lari. yanie ikut kan hati nak sumpai jadi oink oink je. tak sampai hati pulak sbb org tua kan.
ReplyDeletebrutal x pe, x de la org ingt kita ni pompuan, sesuka hati je nk buat apa kan