Friday, January 18, 2013

main masak-masak

Posted by Unknown at 4:13 PM
Ok hari ni aku rajin sangat nak update blog. Bos aku tak ada, keje pun dah habis untuk hari ni. Jadi mari kita memenuhi masa lapang.

Aku suka buat kek, suka masak-masak, tak lah sedap mana pun. Untuk makan sendiri je boleh la. Tapi buat kek memang aku buat bisnes, bisnes suka-suka namanya. Kalau ada orang order ada lah, kalau tak, tak ada lah. Yang order pun sedara mara, kawan-kawan, kawan-kawan punya kawan. Dulu buat cup cake, sekarang buat kek yang sebijik tu, cup cake still buat jugak. Lepas ni ingat nak belaar buat roti pulak lah, pastry ke. Macam best je. Chicken pie tu kalau kat kedai mau RM5. 

Tapi tu lah masalah nya rumah aku tak ada oven. Kalau buat kek, buat kat rumah mak aku sebab rumah dia ada oven besar. Nanti lah birthday nanti nak request oven la kat housemate. Dah ada oven sendiri lagi best, boleh bakar macam-macam. Boleh buat cookies dengan insyirah. Dia suka. Kalau aku buat kek dia pun sibuk-sibuk jugak nak tolong buat.

Tapi kan, yes tapi lagi, aku bekerja, kalau ada orang order weekdays memang la kena bersengkang mata nak buat. Nasib baik ada adik aku. Kitorang sama-sama bersengkang mata siapkan kek. Tapi bila dah siap hilang penat lelah seperti gambar di bawah. hehehehe...


sila abaikan orang berdua itu. Gambar kek tanpa gangguan, adik aku tak upload lagi. Yang ni mlm tadi delivery. tu yang aku tido terlajak tu.





** banyak nak kena belajar lagi. Mana tau satu hari nanti boleh bukak cafe ke... *_*


~daa



0 comments:

Post a Comment

 

NeaT & SimpLe Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea