Happy sangat dapat pergi holiday last week, happy mcm lah pegi oversea kan. Melaka je pun. Tapi sbb pegi dgn orang-orang yang best so walaupun MELAKA tetap fun!
Walaupun selalu jugak aku pergi melaka, tapi dah lama tak pergi sebenarnya, aku tak pernah nak explore melaka tu sendiri. Ok mcm Zoo melaka, taman mini, muzium tu dah biasa pergi. Sebenarnya melaka ni byk tempat yang best. Macam kat bandar hilir tu. Berpuluh puluh kali aku pergi tapi aku tak pernah naik beca. Tak pernah naik cruise, tak pernah naik taming sari & byk la lagi tak pernah itu & ini. Hari tu aku naik beca sampai 2 kali. Insyirah suka sangat nak beca tu. Dia cakap byk kali pasal beca. Best la ibu, naik apa nama basikal tu. hahahahha... naik cruise tu pun best jugak. naik waktu malam so banyak la lampu2 kat situ. Actually banyak lagi benda yang tak sempat nak try. Macam taming sari tu, ada yang bas boleh jalan atas air jugak, apa nama dia ehh.... melaka duck tours, ok yang tu aku mmg rasa teruja & sangat jakun tapi malangnya tak berkesempatan nak naik.
Ada lagi satu tempat yang aku & kak aishah teringin, teruja, terkesima, ter ter nak pergi iaitu kampung morten. Kalau naik cruise memalam, memang cantik, best, cute & kebabom la rumah-rumah kat situ. Kampung morten ni adalah sebuah perkampungan tradisonal yang masih mengekalkan ciri-ciri kehidupan zaman-zaman dahulu kala. Rumah & peralatan lama-lama dulu pun dorang masih gunakan. Kira nya macam muzium hidup la. Tapi kitorang tak sempat jugak nak pergi. Eh! Tapi kan sebelum tu kitorang ada carik-carik jugak jalan nak pergi ke situ, jalan-jalan tetiba terjumpa, pas tu tak tau mana pulak nak parking, carik lagi sekali dah tak jumpa. Memandangkan hari dah larut malam, kitorang pun balik lah dengan harapan esok masih ada. Tapi harapan tinggal harapan sebab sampai kesudah tak berkesempatan nak pergi. Ok next time kalau pergi melaka, tempat utama nak pergi adalah kampung morten!
Kali ni, kitorang pergi tanpa housemate masing-masing. Aku, kak aishah & anak-anak saje. Adventure jugak lah nak handle dorang ni. Macam-macam hal, macam-macam ragam. Tapi apa lah sangat ragam budak kecik nak dibandingkan dengan ragam orang yang dah tua kan. Ragam ngada-ngada orang tua, menyakitkan hati (orang tua tu bukan ibu dan bapa ye).
Walaupun tak familiar jalan-jalan kat melaka tu, tapi kitorang main redah je ikut sign. Alhamdulillah tak sesat sangat walaupun ada jugak jalan-jalan yang horror dia malam hari seperti dari hotel kitorang kat bukit katil menuju ke cowboy town kat alor gajah. Itu memang scary. Ikut jalan kampung yang gelap dan jalan sempit. Tapi! haaaaa! sampai jugak lah walaupun cowboy town tu dah nak tutup.
Aktiviti yang paling syok & happening is mandi swimming pool. Kat hotel kitorang duduk tu
(bayou lagoon park resort) ada slide yang sangat best. Aku dgn kak aisyah dengan muka tak berapa nak tebal telah mengulangi berulang kali menaiki slide tu. Ok aku tau kitorang memang over sebab aku rasa tak ada pulak mak-mak orang yang naik slide tu kecuali kitorang. Bapak orang pun tak ada yang naik. Tapi ok la tu, kitorang cuma nak memastikan anak-anak kitorang naik dan turun slide tu dengan selamatnya. Haaaaaaa.... sebab tu lah kitorang join sekali! nampak tak penipuan di situ.
Haihhhh... gambar tak ada la, kak aishah belum upload lagi. So nanti-nanti la aku upload gambar-gambar tu ye.
~daa


masih terbayang2 lagi trip kita tu, sgt2 best!!! harus pergi lagi
ReplyDeletekannnn.... syok gila! nak naik slide, again n again n again!
ReplyDelete