Friday, September 28, 2012

bertolak-tolak dahulu bertaktih-taktih kemudian

Posted by Unknown at 12:45 PM
Hari ni kita belajar peribahasa baru. Tapi kanak-kanak jangan tiru, nanti cikgu marah, ajaran sesat.

Sebenarnya nak cerita Aisy nak belajar berjalan. Kalau kakak dia dulu, jalan masa birthday dia setahun. Dia buat surprise kat semua orang. Habis je tiup lilin dia terus jalan. Mcm semua org terkejut, sbb sebelum tu tak ada pun dia jalan-jalan. Aisy tak tau la, kot kot dia nak buat surprise jugak nanti time birthday dia. Sekarang ni dia takut-takut lagi, kalau pegang satu tangan dia je pun takut. Kalau lepas kan dia berdiri sendiri pun takut. Terus duduk. Tapi semalam sibuk nak tolak stool. Tolak la pusing satu rumah. Kan ada jual kat kedai yang macam baby boleh tolak tu... apa nama dia... first step baby walker kot. Ada rasa macam teringin nak beli, tapi ada rasa macam mahal je. Nanti dia dah pandai jalan, dah tak guna dah benda tu kan. Menyedapkan hati sendiri, tapi di dalam hati meronta-ronta nak beli... Ok untuk mengelakkan pembaziran (sedapkan hati jugak) aku bagi je stool kat Aisy, suruh dia tolak, tapi dengan pengawasan  dari pegawai bertugas la kan... Aisy berjaya tolak dengan jayanya...


Sila telengkan kepala anda, sebab aku tak reti nak rotate video ni...

Haaaa.... Kan boleh je mcm tu kan. Jimat, tak membazir, guna je apa yang ada kat rumah kan... Contoh penjimatan lain, kalau anak nak beli kuda mainan, tak payah, naik je belakang ayah ke papa ke, suruh jalan... Mesti seronok bermesra-mesra dgn ayah dia kan... Tu boleh mengeratkan kasih sayang...



*tu namanya jimat ke kedekut ke pokai tu....?


~daa





0 comments:

Post a Comment

 

NeaT & SimpLe Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea