Friday, November 12, 2010

UPSR

Posted by Unknown at 4:45 PM
Anak sedara aku (ADAM) dapat straight A's for his UPSR. Seronok sangat ibu dia (KAK LONG). Aku pun tumpang happy untuk dia. Nak happy untuk anak aku, lambat lagi, ntah ada ke tidak UPSR bila Insyirah dh besar.

Aku nak bagi kredit kat kakak sepupu aku sebab sebagai seorang ibu tunggal dia berjaya membesar dan mendidik anak dia sampai berjaya di tahap sekarang walaupun masih jauh lagi perjalanan utk anak dia tapi setakat ni, dia di kira berjaya dan of course atas usaha gigih anak dia jugak.

Bayangkan la membesarkan anak sorang-sorang tanpa sokongan suami, mesti susah kan.  Mana nak fikir cari duit lagi, mendidik anak lagi.... kalau tak tabah, tak tau la... Tapi nasib baik ada hamba Allah (KAK MAS) yang sangat baik hati sedia berkongsi susah dan senang bersama-sama dia untuk meneruskan hidup. Kak mas ialah best friend Kak Long, yang aku dan family aku yg lain dah menganggap dia macam family kitorang sendiri. Lagipun Kak Mas dah tak ada mak & ayah so mak-mak & ayah-ayah kitorang la yang jadi mak ayah dia...

Cerita pasal UPSR ni, teringat pulak la zaman-zaman sekolah aku dulu, time amik result UPSR. Result aku? Tak ingat la! Rasa-rasa macam ok je ke tak ok? Tak pe la barang yang lama usah di kenang! Hahahaahhaa!



**Untuk Sanirah Suhaiza & Adam Luqman Putra... tahniah di atas kejayaan anda berdua!
Kak Long baru grad utk master kat UUM baru-baru ni
Adam dapat 5A dalam UPSR
Happy kuasa dua! yeay!!!!


daa~

0 comments:

Post a Comment

 

NeaT & SimpLe Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea