Sepanjang ramadhan ni macam2 benda jadi. Tapi aku nak cerita yg penting-penting je la. Awal ramadhan hari tu Insyirah masuk hospital, pasai gegendang telinga dia koyak sikit. Cerita dia bermula pada satu tgh malam yg sunyi.... aku ngan najib dah tido sbb esoknye keje lagipun time tu dah pukul 1am. Selalu nya Insyirah kalau minum susu malam2 mesti dia terus tido, tapi hari tu dia tak tido pulak, bila dia tak tido dia mula la buat projek sendiri, memunggah drawer & main cottonbud. Pas tu dia kejut aku, ibu, ibu **%$^&*^%$#@%^&())*&^%$&)$ * (aku tak paham dia bebel apa) aku pun tgh mamai2 tu suruh la dia tido & aku tak nampak cottonbud tu dah ada dlm telinga dia, pas tu dia baring terus nangis menjerit, terkejut la, bukak lampu tgk cottonbud dah separuh masuk dalam telinga dia. panic aku, aku tarik, tak de pulak darah, taik telinga ada la. hehehhe! ingat ok la x de apa2, tapi dia dok merengek2, akit akit. bawak pegi klinik, aku ngelak tak nk pegi klinik idham kat gombak tu (doc dia selenge) bwk la pegi klinik idham jln genting klang, rupanya sama aje, doc nye selenge jugak. sambil ngantuk dan lalok2 katanya luka kat tepi gegendang, bagi antibiotik dgn ubat tahan sakit... tu je.
esok pagi tgk telinga dia berdarah, aku bawak hospital refer specialist, rupanya gegendang nya koyak sikit, kena buat minor operation. bermula la episod sandiwara semasa aku ngan Najib menangis. huhuuhuhu! aku nangis sbb masa memula nak masuk OT tu, dgn topi ijau & baju OT dia nangis panggil ibu, ibu, don't want don't want.... haiih meruntum jiwa aku, sangat sedih... aku pun dok terpikir macam mana doc nak buat tampal gegendang tu, dia potong telinga anak aku ke? rupanya bukan...
Alhamdulillah, semuanya selamat. Nasib baik ada insurans cover, kalau tak, tak tau la....
Pengajaran utk aku, walaupun kat rumah sendiri, kemalangan yg tak di duga boleh berlaku jugak. Walaupun aku dah sorok benda2 yg bahaya supaya insyirah tak main.
***********************
Yang ke-2 penting, setelah 28tahun aku tak pernah buat kuih raya, utk pertama kali nya aku buat kuih raya tapi bukan utk aku, utk jual. Orang tempah biskut raya kat mak aku, tapi aku yang buat pasai mak aku tak larat. Memula bercinta jugak la nak buat tapi lama2 ok je. Ada bakat jugak rupanya aku ni! hehehehe! Dari komen2 org yg tempah, dorang kata sedap! haaaaa.... bangga nya aku!!!
daa~


hahaha! chaiyok!!!!!!
ReplyDeleteHAPPY 28TH BIRTHDAY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
adik hang yg gorgeous...
cuab sebut nama sapa yg tempah tu? kasik kreditlah skit hahaha
ReplyDeleteeleh.... ye la kak eija yg order. tapi ekal order paling byk. hahahaha! apa2 pun tq2 kerana memberi kepercayaan kepada saya utk membuat cookies
ReplyDelete