Semalam kan aku pegi tengok kakak sepupu aku bersalin kat prince court medical centre. Langkah keluar je dari lift masuk lobby dia... Ya ampun....! (dgn jakun nya) sangat cantik dan exlusive. Macam hotel 5 bintang. Ada receptionist yg beruniform kebaya, ada bell boy, ada valet parking, ada sofa, ada pokok kat tengah2 lobby tu... mmg macam kat hotel. Lift dia keliling glass n boleh nampak pokok tgh2 lobby tu, kalau tgk dari atas mmg cantik. Kalau sakit check in kat hospital tu, mmg rasa mcm tak sakit, hilang rasa sakit semua.
Food galleria dia macam restoran kat KLCC, tapi aku tak berani nak masuk, takut nasik goreng dia 15 hengget. duit pulak ada 14.90 sen aje. nnt tak pasal2 aku kena cuci pinggan kat belakang. hihihhik!
Jalan nak ke ward pun macam hotel, ada macam jambatan yang menghubungkan ward2 kat situ. Ward dia pulak tok sah cerita la kan... Ada LCD dan paling penting view nye KLCC. Wah! sangat best. Kat situ tak ada bilik yg 4 katil ke 2 katil ke macam kat hospital2 lain. Bilik nye memang utk 1 katil. Cuma tak ada bath tub & jacuzzi je lagi, kalau tak dah boleh jadi hotel hospital.. Tapi ada sebelah pintu almari tercabut pulak.... tapi x pe la tak de effect pun kalau almari tu tercabut an an an... Lantai nye semua carpet tau. Series aku mcm kajakunan kan.?!
Teruja? haaaa.... ni aku nk bagitau harga nya pulak. Package utk normal RM6k++ tak termasuk makan, bilik dan lain2. Makan sehari 40 hengget, bilik semalam rm250/ rm800, sofa bed utk suami 80 hengget, tu belum masuk kos2 lain. Utk C-zer RM10k++ & kos2 yg di nyatakan di atas. Kakak sepupu aku ni pulak, masa nak deliver tu dia dh try normal tapi x boleh, so kena c-zer, jadi bil nya utk normal dan c-zer.... tapi! haaa ada tapi nye, makan mmg best, ikan siakap masak 3 rasa, masak stim, masak masam manis, apa korang nak, semua ada! sebab tu la harga dia 40 hengget sehari. berbaloi baloi....
Harga dia mmg berpatutan dengan service n facilities yg dorang sediakan. So kalau korang rerasa nak bersalin kat situ, start la kumpul2 duit dari sekarang. Kalau aku... aku rasa aku bersalin kat PUSRAWI je la.... tapi mana la tau, Allah murah kan rezeki aku & aku terbersalin kat situ pulak, alhamdulillah amin..!
* Gambar tak ada la nak tunjuk sbb aku rasa malu pulak nk tunjuk kejakunan aku amik gambar kat situ...
* Housemate saya, sila take note ye *_*
daa~


0 comments:
Post a Comment