Lama dah tak update di sebab kan kebizian yg melampau lampau.
Korang ada dengar cerita pasal Din Beramboi tak? Korang kenal ke Din Beramboi? Alaa... yg jadi pengadil raja lawak & DJ ERA tu. Aku baru tau yg dia terkena virus kencing tikus. Skang dia tengah kritikal & koma. Dia memerlukan darah jenis O dalam 24 jam. Organ dalaman dia semua dah tak berfungsi.
Oleh sebab cerita tu, baru la timbul kesedaran aku nak ambik tau pasal virus kencing tikus ni atau Rats Pee atau Laptospirosis. Bahaya jugak virus ni, ehh bukan bahaya jugak, memang bahaya. Virus ni boleh merosakkan hati, limpa, buah pinggang dan kalau sampai ke otak boleh bawa maut & virus ni masuk dalam salur darah dan boleh buat semua organ dalaman kita tak berfungsi.
Aku ada terbaca blog org, ayah kepada kawan dia meninggal sebab virus kencing tikus ni. Sebelum tu ayah dia sehat je, tak ada sakit, tapi dia jatuh sakit tiba-tiba & meninggal. Family dia kata, ayah dia mmg jenis tak suka makan luar & suka makan masakan isteri, tapi dorang pelik macam mana ayah nya boleh dapat virus tu. Rupa-rupanya sebelum tu ayah dia ada beli air tin kat kedai. Doktor buat ujian kat air tin tu tak ada tanda-tanda tercemar air kencing tikus tapi bila buat ujian kat atas permukaan air tin tu, ada kencing tikus. Dari mata kasar mmg tak nampak air kencing tikus tu sbb dah kering. So lepas ni kalau nk beli air tin ke apa ke, kena la basuh bersih2 dulu. Kalau kat rumah ada tikus pun kena la hati-hati. Tutup semua makanan & kalau nak guna apa2 peralatan memasak, kena la basuh dulu.
Ada lagi aku baca blog, pompuan pregnant terkena virus ni. Sedih nya baby dia tak dapat di selamatkan. Meninggal dalam perut & baby tu dh 29 weeks. Tapi Allah panjang kan umur mak nya. Tu pun selepas berapa hari koma & mengalami sakit yang teruk sangat.
Takut aku, macam-macam penyakit sekarang ni. Tapi tu la, Allah tu Maha Berkuasa, kalau dia nak kita sakit bila-bila pun kita boleh sakit. Kalau dia nak tarik nyawa kita, sekejap je...
Semoga Din Beramboi cepat sembuh, semoga selamat semuanya & di panjang kan umur....
Amin....


0 comments:
Post a Comment