Bulan ni byk betol public holiday kan? Yg best nye PH hari jumaat. Sangat syok keje 4 hari. Tapi bos aku bengang pulak, dia kata malaysia ni byk sgt PH, cuti lama-lama, nanti dia lupa keje apa nk bagi kat aku. Boleh pulak cenggitu....
PH banyak+school holiday, ramai orang pegi bercuti-cuti. Aku pun bercuti-cuti jugak. Beberapa hari sebelum chrismast aku pegi singapore dgn kak aishah sefamily (TQVM kak aishah), tapi aku belom sempat upload gambar lagi, tak cukup time. Nanti la esok lusa ke.
Cuti yg baru ni... aku buat apa ehh? ooohhh, jumaat tu aktiviti bergotong royong mengemas rumah, sbb rumah dh berapa lama tak di kemas dengan bersungguh-sungguh. Kemas pun ala-ala kadar je, jumaat tu, memang berkemas habis-habisan. Dari pagi ke petang sampai aku terlupa nk mandi pagi. (tapi dah gosok gigi tau). Malam nye lepak-lepak kat umah MIL dan keluar minum ngan Kak aishah sbb nk tgk gambar singapore, nk tgk kat umah MIL line tak clear sebabnya dorang tak tau pun kitorang pegi singapore so kalau tgk kat umah, nanti kantoi pulak. (jahat tak kitorang?)
Sabtu pegi seremban tgk abg najib, kaki dia patah terhempap cabinet speaker yang orang buat concert tu... Sakit oooo.... Nasib baik ada socso. Kalau tak susah jgk tu!
Ahad aku g dating ngan Najib, tumpang Insyirah kat umah mak, kitorang g tgk AVATAR kat damansara. Dah lama kitorang tak pegi dating berdua-dua an. Selalu bertiga-tiga an. Tapi....
Best gila cerita tu, memula nk tgk yg 3D nye tapi ticket tinggal sit depan sekali. Mendongak kot nak tengok.
Agak lama jugak la kitorang tak dating, tgk wayang pun dgn kawan-kawan, tu pun setelah setahun lebih kot kitorang tak tgk wayang, lepas bersalin Insyirah. Tgk papadom. Sekali sekala dating best jugak. Sementara anak sorang je ni, boleh la, kalau dah berderet-deret, susah jugak kot nak keluar. Nak mintak mak aku tolong jaga... alamat nya migrain la mak aku...
daa~


0 comments:
Post a Comment