Almost 2am. Insyirah tak tido lagi. Tadi dia dah tido pas tu bangun sampai la skang. Aku dok layan AXN so u think u can dance. Macam biasa Insyirah pun dancing2 jugak ikut suka dia. Dia ingat 2pm ke? Aku dah ngantuk sebenarnya ni, dia asyik menari la, pas tu nak minum air la, nak kuih raya la, nak biskut la, bukak almari la, sapu sampah la (jgn kecik2 je suka menyapu nnt dh besar malas pulak) macam2... Selagi tak tido, ada je la akal dia, macam2 aktiviti dia nak buat. Najib seperti biasa akan tido dulu. Tadi dia tolong aku lipat baju yg melambak2, tu pun tak abis lipat sebab dh ngantuk. dia pikir ngantuk dia je, abis aku tak ngantuk ke? (Yanie sila jgn komplen) tapi tu la sebab syurga di bawah tapak kaki ibu, ibu bersekang mata (betul ke perkataan tu) jaga anak, baba nya best2 je tido. Tapi kekadang Najib ni suka menyalahguna ayat tu tau. Bila aku suruh dia basuh poopoo insyirah ke, dia boleh pulak kata "alaa... sayang la basuh, syurga kan di bawah tapak kaki ibu." Hangin je aku! (dush! sekali) Tapi aku buat tak tau je. Tapi kekadang bengang gak aku, pas tu keluar la ayat2 yg tak patut dicontohi oleh kaum2 ibu dan bakal ibu. aku ckp kat Insyirah "haaa.. ye syurga bawah tapak kaki ibu, ibu uruskan semua, nanti dh besar tak payah doa utk baba, doa utk ibu je, sebab baba tak buat apa2". (tak baik ajar anak cenggitu tau, tak mo tak mo tak mo...)
Tadi pegi pasar malam kat melawati, memandangkan dah berapa hari aku tak masak, dah berlanjutan pulak rasa malas nak masak (sila jgn tiru aksi ini, nnti dibenci suami), beli tudung utk Insyirah. 5 hengget je. Nanti aku upload gambar, cable hp aku tak dapat di kesan. Insyirah ni sebuk nak pakai tudung. Habih tudung aku di punggah nye, dgn telekung2 aku nk dipakai. Tapi sekejap je, beli tadi terus pakai tak sampai 10 minit dh tarik2 suruh bukak, panas la tu. Tak pe practice awal2. Tapi kecik lagi la dia, rimas. Nanti dia dah besar sikit kalau dia nak pakai ok la kot. (kot???)
Waaaaaaa... Insyirah! pukul berapa nak tido!!! Ibu dah ngantuk ni....
Dah la tu, aku nk bwk dia masuk bilik, tutup lampu pas tu biar dia main sesorang atas katil sampai dia terlelap sendiri tapi kekadang aku tak layan dia, dia tepuk2 nya aku la, dia gigit aku la, tarik rambut aku, panjat atas aku la, selagi aku tak bersuara tak reti diam la dia, walaupun dalam gelap. Kekadang Najib jadi mangsa kena penampar Insyirah. Meng
amuk la mamat tu kacau dia tido.
Sssssuuuuuudddddaaaahhhhh! Insyirah jom masuk bilik tido!
daa~

amuk la mamat tu kacau dia tido. Sssssuuuuuudddddaaaahhhhh! Insyirah jom masuk bilik tido!
daa~

0 comments:
Post a Comment