Wednesday, September 16, 2009

Sawan tarik

Posted by Unknown at 11:20 AM


Hari isnin hari tu, lepas sahur Insyirah kena sawan tarik. Menggelabah aku. Sebelum ni aku selalu dengar je pengalaman orang, hari tu kena kat aku. Rasa macam nak tercabut jantung tengok anak aku.

Orang kata sawan tarik ni boleh jadi kalau anak demam terlampau panas. Panas dalam. Insyirah sebelum kena tu dia tak ada pun tanda2 nak demam, dia memang tak demam. Mungkin masa tido tengah2 malam tu, dia demam tapi aku tak perasan. Lepas sahur tu sementara nak subuh aku tido la kejap, pas tu tetiba aku dengar bunyi macam... ntah la aku tak tau nak describe bunyi tu macam mana, aku terjaga tengok mata dia dah ke atas kaki n tangan dah merekot kejang, bibir dia biru, aku cecepat dokong dia bawak kat najib (najib time tu tido kat depan), najib tonggeng kan dia, tepuk2 belakang dia sebab Najib ingat kan dia sesak nafas, padahal sebelum tu aku dh ckp Insyirah kena sawan tarik, (tu la dia klu tido best sgt, org ckp pun x dgr, dush!), tak lama lepas tu dia dah ok sikit, dah tak kejang, kitorang berlari-lari dalam umah, carik kunci, carik tudung, sampai jiran sebelah pun dengar kitorang lari-lari. Mesti dorang ingat kitorang tengah main kejar-kejar.

Aku g KLINIK IDZHAM kat Gombak. Pas tu doc boleh kata, dia tak demam, mungkin sesak nafas or asma. (lagi sorang! dush! dush! 50 kali) aku rasa macam nak lempang laju-laju je doc tu. Aku dah bagitau tadi dia kena sawan tarik, dia boleh cakap lain pulak. Tau la baru bgn tido, tapi buat la keja betol2. Dia dah check pas tu dia blah je. Eeeeeee.... sakit betol hati aku. nasib ada nurse tu yg handle. Dia pun masuk kan ubat bontot. Dia kata kalau kena lagi sekali terus bawak pegi hospital. Aku rasa doc tu menyamar je kot jadi doc, padahal dia cleaner je kat situ.

Rupanya doc tu memang sengal, abang sepupu aku pun penah kena jgk dgn doc tu, masa anak dia demam menggigil. Pas ni aku tak pegi dah la KLINIK IDZHAM kat Gombak tu.

Juz nak share, kalau anak demam kena selalu lap2 dengan kain basah selain bagi ubat. Kena selalu alert perubahan anak. Macam sawan tarik ni, kalau kena (mintak di jauh kan, amin...) jangan panik (macam aku, sbb nanti apa pun tak jadi) bukak baju seluar dia, basuh or lap kaki dia dulu dengan kain basah, jangan letak kat kepala terus sebab takut terkejut & boleh terencat akal, pas tu baru lap2 badan & kepala dia. Lepas tu...... apa lagi terus bawak pegi hospital, bukan klinik or KLINIK IDZHAM kat Gombak ye. Kalau lambat macam-macam kemungkinan boleh terjadi terutamanya anak boleh jadi OKU (mintak di jauhkan jugak, amin...)

daa~

0 comments:

Post a Comment

 

NeaT & SimpLe Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea